MAKAN CEKAK merupakan peribahasa Melayu yang selalu digunakan terutamanya di Utara Semenanjung, membawa pengertian kesanggupan, keupayaan dan rasa tanggungjawab menjalankan tugas. Tegasnya Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi adalah Seni Silat yang bertanggungjawab untuk menjaga diri.
CEKAK dalam bahasa Minangkabau
disebut CAKAK bermaksud GADUH. Jadi Seni
Silat Cekak Pusaka
Hanafi ini adalah
Silat Gaduh bukanya
Silat Tari atau Silat Pulut. Ianya sesuai digunakan
dalam pergaduhan sebenar.
CEKAK
dalam bahasa Jawa
bermaksud RINGKAS. Adalah jelas
bahawa Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi ini mudah dipelajari melalui sistem pelajaran
yang teratur dan ringkas.
SECEKAK bermaksud SEGENGGAM bermakna Seni
Silat Cekak Pusaka
Hanafi mengajar yang segenggam bukanya segantang. Segenggam keupayaan
Guru, ini bermakna mata pelajaran silat ini merupakan intisari mata pelajaran
silat sahaja (segenggam). Bukannya cabang silat yang banyak (segantang).
CEKAK
bermakna PEGANGAN iaitu Silat ini mempunyai
pendirian, pegangan dan tujuannya
tersendiri. Mempelajari silat
ini bukanya untuk
bermegah-megah, sombong,
menceroboh, mengikut nafsu
tapi sebenarnya untuk
menjaga diri, bangsa dan agama.
Secara ringkasnya Seni Silat Cekak Pusaka
Hanafi adalah merupakan silat Melayu asli
yang ringkas dan tepat
yang dapat bertangungjawab dalam mempertahankan diri.
0 comments:
Post a Comment